Nafkah

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

[ Cerai – 7 ]
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Belajar Bahasa Arab.

Tawaran Permohonan ke Program Diploma Bahasa Arab di King Abdulaziz University, Jeddah (KAU)

Pengenalan ringkas: King Abdulziz University (KAU) merupakan sebuah universiti bertaraf lima bintang yang berada di Arab Saudi. Terletak di bandar Jeddah.

Tempoh pengajian: 2 tahun paling lama. Boleh disingkatkan kepada setahun mengikut kemampuan bahasa Arab pelajar tersebut.

Syarat kemasukan:

1. Sijil SPM yang sudah diterjemah ke bahasa Arab atau Inggeris.
2. Berumur 17-25 tahun.
3. Tidak menerima mana-mana biasiswa lain dari Institusi atau universiti di Arab Saudi.
4. Tidak pernah dibuang dari institusi atau universiti di Arab Saudi.
5. Membuktikan pemeriksaan kesihatan.
6. Mempunyai passport.
7. Mempunyai DUA tazkiyah (surat rekomendasi) dari mana-mana institusi seperti JAKIM, YADIM, Pejabat Mufti, Majlis Agama, Darul Quran atau mana-mana graduan dari universiti sekitar Arab Saudi.
8. Bagi perempuan, perlu ada mahram sama ada yang belajar atau bekerja atau menetap di Arab Saudi.

Pelajar yang berjaya akan dapat biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi secara automatik. Antara kelebihannya:

1. Asrama percuma.
2. Duit poket sebanyak SAR850 bagi setiap bulan.
3. Wang saguhati kedatangan SAR1700.
4. Subsidi harga makanan di kantin universiti.
5. Tiket pulang ke tanah air sekali setahun iaitu pada cuti musim panas.
6. Khidmat perubatan percuma di klinik universiti dan hospital kerajaan.
7. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang bagi program ini akan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana jurusan kecuali perubatan, pergigian, sains perubatan dan farmasi.

Dokumen yang perlu disediakan:

1. Terjemahan sijil SPM ke bahasa Arab atau bahasa Inggeris.
2. Passport.
3. Curriculum Vitae.
4. Gambar berukuran passport.
5. Medical checkup.
6. 2 surat tazkiyah (surat rekomendasi)

*Semua dokumen di atas perlulah diimbas (scan) dan dimuat naik ketika membuat permohonan secara online.
*Urusan terjemahan mestilah dibuat di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
*Permohonan dibuka secara online sahaja. Tiada istilah hantar surat.
*Tarikh tutup permohonan tidak diketahui secara jelas. Namun kebiasaannya dibuka pada awal Januari setiap tahun. Jadi lagi cepat mohon, lagi baik.

Berikut adalah pautan untuk permohonan online: https://dcafl.kau.edu.sa/REGISTER.ASP

Sebagai maklumat tambahan, berikut adalah senarai fakulti yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar bukan Arab setelah selesai program Diploma Bahasa Arab:

1. Faculti of Economis and Administration
2. Faculty of Arts and Humanities
3. Faculty of Sciences
4. Faculty of Engineering
5. Faculty of Environmental Designs
6. Faculty of Earth Sciences
7. Faculty of Marine Sciences
8. Faculty of Law
9. Faculty of Meteorology, Environment and Arid Land Agriculture
10. Faculty of Tourism
11. Faculty of Home Economics
12. Faculty of Communication and Media
13. Faculty of Computing and Information Technology
14. Faculty of Nursing
15. Faculty of Maritime Studies

Bagi melihat setiap jurusan yang ditawarkan untuk setiap fakulti, boleh rujuknya di laman sesawang universiti: http://www.kau.edu.sa/Home.aspx

Itu sajalah yang dapat kami ringkaskan buat kalian. Jika ada sebarang persoalan berkenaan, boleh rujuk Ustaz Hafiz Akram Mohd Ghani di Facebook beliau ya.

Juga boleh ikuti perkembangan semasa di page Fb Persatuan Pelajar Malaysia Mekah Jeddah – PPMJ.